Pages

Saturday, August 28, 2010

Pendahuluan

Kematian adalah satu tahap yang akan dihadapi oleh semua pihak.Walaupun terdapat beberapa perbezaan kepercayaan dan cara pengebumian mengikut agama,budaya dan bangsa masing-masing ,namun setiap yang hidup pasti akan mati.Pengebumian adalah satu proses yang akan dilalui apabila berlakunya kematian. Oleh itu, serba sedikit tentang pengebumian mengikut 3 jenis kaum  iaitu kaum melayu,cina dan india akan dijelaskan dalam blog kami.

Monday, August 23, 2010

PENGEBUMIAN JENAZAH ISLAM

PENGERTIAN DAN HUKUMNYA

Pengebumian jenazah bermakna memasukkan jenazah yang sudah dimandikan, dikafankan dan disolatkan ke dalam tanah yang sudah digali(kuburan) mengikut kedalaman dan ukuran yang telah ditetapkan oleh syariat islam. Hukum mengebumikan jenazah adalah fardu kifayah.

                                     
SIFAT-SIFAT KUBUR

Ukuran kedalaman kubur mestilah sekurang-kurangnya sama dengan ukuran ketinggian orang dewasa sederhana. Selain itu, liang lahad juga perlu dibuat di dasar kubur di bahagian kiblat kuburan yang telah digali.


ORANG-ORANG YANG LAYAK MENGEBUMIKAN JENAZAH

Orang-orang yang layak mengebumikan jenazah adalah orang lelaki, orang yang lebih utama menyembahyangkan jenazah berkenaan dan suami bagi jenazah isterinya.Bilangan orang yang mengebumikan jenazah mestilah dalam bilangan ganjil.

Disediakan oleh: Nur Damia Fathinah Binti Zuruki Fali (203697) Kumpulan A

Sunday, August 22, 2010

CARA PENGEBUMIAN JENAZAH

Upacara pengebumian dalam islam dilakukan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam islam. Walau bagaimanapun terdapat sedikit perbezaan mengikut adat dan tafsiran setempat. Terdiri daripada empat proses iaitu:

1) Memandikan Jenazah
   ~ Fakta utama ialah membersihkan jenazah secara fizikal.Sehelai kain
      diletakkan ke atas badannya kemudian disiram.Alat sulit jenazah harus
      ditutup sepanjang proses mandian dijalankan.

2) Mengkafan Jenazah
    ~ Fakta utama ialah memelihara kehormatan dalam proses membalut
       mayat supaya bahagian sulit tidak dilihat oleh orang lain.
    ~ Bagi mengelakkan mayat berbau, minyak wangi yang tidak
       mengandungi alkohol akan disapu ke seluruh badan sebagai contoh kapur barus.

3) SOLAT JENAZAH
    ~ Berbeza dengan solat yang lain iaitu takbir sebanyak 4 kali, tiada rukuk
       dan sujud.
    ~ Jenazah lelaki : kedudukan imam bersetentangan dengan kepala jenazah.
       Kepalanya di sebelah kiri imam.
    ~ Jenazah perempuan: kedudukan imam bersetentangan dengan pinggang
       jenazah.Kepalanya di sebelah kanan imam.



4) Pengebumian Jenazah
    ~ Jenazah diusung ke tanah perkuburan yang telah siap digali.
    ~ Jenazah diangkat ke liang lahad secara cermat.Jenazah dimiringkan dan
           muka perlu menghadap kiblat.

Disediakan Oleh: JUSNITA BINTI HASAN     (203592)        Kump. A

Saturday, August 21, 2010

ADAB-ADAB DAN PANTANG LARANG DALAM PENGEBUMIAN ISLAM

Adab:
Antara adab yang perlu diikuti ialah segala hutang si mati perlu dilunaskan oleh pewaris si mati sebelum jenazah dikebumikan. Sekiranya tidak mampu untuk membayar, sekurang-kurangnya memberitahu khalayak umum bahawa hutang akan dibayar apabila ada kemampuan.Sekiranya tidak melakukan perkara ini, jenazah tidak boleh dikebumikan. Kita juga digalakkan untuk memberi ucapan takziah dalam tempoh 3 hari 3 malam sahaja. Takziah bukan hanya pada ucapan atau kata-kata, tetapi juga cukup sekadar menunjukkan muka sekiranya tidak sempat mengucapkan takziah. Semasa mengiringi jenazah ke tanah perkuburan, kita digalakkan untuk berjalan di hadapan iringan jenazah. Akhir sekali, amalan berkabung dilakukan selama 3 hari(jika mendapat izin suami) dan 4 bulan 10 hari bagi yang kematian suami. Bagi wanita yang kematian suami,isterinya tidak boleh memakai celak, baju berwarna, wangi, inai serta tidak boleh menyikat rambut kecuali baru bersih daripada haid.

Gambar A
                                                                                          













Gambar B












Gambar A menunjukkan contoh pemakaian ketika berkabung                 
Gambar B menunjukkan takziah dalam bentuk
bukan lisan                                         


C) mengiringi jenazah
                                                                                                                                                                                                                                                                     
Pantang larang:

Pertama,kita tidak boleh bercakap kuat walaupun berzikir atau membaca al quran ketika menghantar jenazah ke tanah perkuburan kerana kita digalakkan untuk memikirkan apa yang terjadi pada si mati.Kedua ialah kubur tidak boleh ditembok dan ditulisi di atasnya.Kita tidak boleh memagar kawasan kuburan dengan pagar besi yang terlalu mahal seperti emas ataupun menulis di atas kuburan dengan dakwat emas.Akhir sekali ialah tidak boleh duduk di atas kuburan dan tidak boleh memakai alas kaki(selipar atau kasut) ketika berjalan di sela-sela kubur kecuali rumput di kawasan tersebut mempunyai duri.













  •   Gambar 1 
   Kita digalakkan untuk membuat kuburan seperti gambar 2..






  •  Gambar2




Disediakan oleh: Nur Haniesya Saadah Binti Buang(203733)-kumpulan A

Friday, August 20, 2010

Upacara Pengebumian Tradisional Masyarakat Cina

Penyolekan untuk tubuh mayat
Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan serta disapu dengan minyak wangi dan disolek. Selepas itu, tubuh mayat akan dipakaikan baju Kafan dan dimasukkan ke dalam keranda.
Saudara-mara dan kawan-kawan si mati akan diberitahu tentang berita kematian si mati dan mereka akan menghadirkan diri ke upacara pemakaman dengan membawa hadiah dan wang derma sebagai tanda penghormatan terakhir kepada si mati.
Apabila tepat pada masanya, keranda akan ditutup and dipaku. Kemudian, keranda akan dihantar ke tanah perkuburan dan dikebumikan. Ahli keluarga si mayat akan terbentuk suatu rombongan bagi mengiring si mayat dari rumah ke tanah perkuburan.
 Upacara Pengebumian
Lagu agama atau lagu tradisional masyarakat Cina akan dimainkan dengan kuat sebagai lambang kesedihan dan wang kertas yang disalut logam akan dicampak di sepanjang perjalanan.
Setelah sampai ke tanah perkuburan, mayat akan dikebumikan apabila tepat pada masanya. Selepas itu, upacara menyembah kubur dan pembakaran barang persembahan buatan kertas akan dijalankan seperti pembakaran wang kertas dan pakaian kertas.



   Bahan-Bahan untuk dibakar kepada si mati




Upacara Pengebumian






Disediakan oleh PHAN YOKE KWAN (203785)


Thursday, August 19, 2010

Selepas Kematian / Selepas Proses Pengebumian

Dalam masyarakat cina, selepas kematian atau selepas proses pengebumian dijalankan, ahli keluarga akan menjalani adat berkabung. Adat berkabung dalam masyarakat cina mempunyai maksud yang memperlihatkan tanda-tanda sedang berdukacita kerana kematian seseorang ahli keluarga atau orang yang terdekat. Baju yang berwarna hitam akan dipakai oleh ahli keluarga semasa manjalani adat berkabung. Masyarakat cina menganggapkan pakaian yang berwarna hitam adalah sebagai tanda melahirkan rasa sedih mereka. Oleh itu, sepanjang adat parkabungan ini dijalankan, pakaian yang berwarna lain dilarang pakai sehinggalah hari perkabungan tamat. Bagi isteri yang kematian suami atau bagi suami yang kematian isteri akan terus memakai baju hitam tersebut lebih lama sebagai berkabung dan tanda rasa sedih dan duka atas kematian seseorang yang dikasihi.

Ø  Jirat cina yang berada di kawasan berbukit.

Ø  Adat Berkabung.

Ø  Upacara menyembah kubur


 Ø  Membakar duit untuk si mati.             


Ø  Jenis-jenis duit kertas yang dibakarkan semasa kematian.

Disediakan Oleh : Chin Lee Peng (126545)

Wednesday, August 18, 2010

Pantang Larang Kaum Cina Dalam Pengebumian

Orang yang kematian ahli keluarga tidak boleh bagi angpow/hadiah kepada bakal pengantin. Ini dikatakan memberi hormat dan simpati kepada ahli keluarga si mati untuk menggunakan duit angpow tersebut untuk majlis pengebumian si mati.

Tangisan ,mengungkit keburukan si mati dilarang sama sekali. Jika ini berlaku, roh si mati tidak akan tenteram dan si mati akan terseksa.

Masyarakat cina percaya sekiranya kucing hitam yang melangkahi mayat tersebut , mayat  itu akan bangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka yang berada di situ.


Disediakan oleh : Lee Kuan Yen (127103)

Tuesday, August 17, 2010

Upacara Pengebumian Kaum India

Apabila seseorang india meninggal dunia, mayat tersebut akan dibersihkan dengan air yang bukan dari pair air. Mayat akan dipakaikan pakaian baru selepas dimandi. Mayat diletakkan di ruang tamu sebagai langkah menghormati tetamu.


Upacara menanggalkan thaali akan dijalankan oleh isteri yang kematian suaminya dengan menanggalkan thaali yang dipakai semasa perkahwinan. Upacara Vaaikkarisi pula ialah upacara memasukkan makanan ke mulut mayat sebagai tanda pemberian yang terahkir. Mayat kemudian akan diusang ke tempat perkuburan dan diletakkan di atas kayu api.


Pembawa Kollic catti akan mengelilingi mayat sebanyak kali mengikut arah jam.








Mayat akan dibakarkan dan dikebumikan ke dalam tanah. Satu lubang

akan dibuat di bahagian kepala mayat untuk mencurahkan susu dan memasukkan bijiran ke dalam lubang.

 
 
 
 
 
 
Disediakan oleh Lim Jit Teng(203744)

Monday, August 16, 2010

Adat selepas upacara pengebumian kaum India

1. Membersihkan Rumah

Rumah perlu dibersihkan sebaik sahaja mayat dibawa ke kubur. lampu minyak dinyalakan dibekas tempat pembaringan mayat dan selepas itu ahli-ahli keluarga dikehendaki mandi untuk membersihkan diri selepas upacara pengebumian dijalankan. Makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran atau haiwan yang tidak berdarah akan dihidangkan untuk ahli-ahli keluarga si mati. Sebaldi air akan diletakkan di hadapan rumah dan lampu minyak sentiasa dinyalakan. selain itu debu suci dan garam disertakan. Kemudian ahli-ahli keluarga dikehendaki menyentuh garam dan menyapu pada dahi sebelum masuk ke dalam rumah. Air yang berada di dalam baldi digunakan untuk mencuci kaki dan selepas itu berakhirlah sudah upacara pengkebumi. Bagi mereka yang membawa kollic catti akan pulang ke rumah untuk melakukan upacara kollic catti. Pembawa kollic catti hendaklah mandi di sungai atau kolam dan kemudian barulah boleh masuk ke rumah. Ini adalah menunjukkan tamatnya upacara kollic catti.

2.Mengumpul Abu Mayat

Bagi mayat yang dibakar, abu mayat akan dikumpulkan keesokan harinya. Susu terlebih dahulu disiram pada abu mayat untuk menyejukkan bara api. Kemudian abu bahagian kepala dimasukkan ke dalam sebuah periuk , manakala abu yang lain dimasukkan ke dalam periuk yang berasingan. Abu yang telah dimasukkan ke dalam periuk akan disembahyangkan oleh ahli keluarga. Terdapat dua cara dalam pengurusan abu mayat di kalangan masyarakat India, iaitu samada abu mayat ditanam atau dimasukkan ke dalam kain kuning dan dilepaskan ke laut.

Mohd Hilmi Bin Kasim (207009)

Sunday, August 15, 2010

Peralatan yang digunakan semasa pengebumian Orang India


Semasa kematian, mayat akan diletakkan di ruang tamu dan kepala mayat dihadapkan ke arah selatan. 
kaamaatci amman vilakku






Sebuah lampu minyak atau 
kaamaatci amman vilakku 
dipasang dan dinyalakan.








Kapur Barus
Kemenyan
Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai simbol ketenangan jiwa si mati.

Kain Putih


Kaki dan tangan mayat perlu diluruskan, ibu jari tangan dan kaki diikat dengan kain putih dan diletakkan ke dada. Mata dan mulut mayat juga perlu ditutup rapat. Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain.

Kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas. Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar supaya tidak berbau.


Disediakan oleh: Yoong Kah Eng 203669

Saturday, August 14, 2010

Kesimpulan

Setiap kaum mempunyai adat dan cara pengebumian yang tersendiri.Ini ditambah pula dengan unsur kepercayaan semasa ritual pengebumian yang dilakukan mengikut kaum dan agama masing-masing.Perbezaaan cara pengebumian antara kaum menunjukkan Malaysia mempunyai kepelbagaian adat dan budaya.