Semasa kematian, mayat akan diletakkan di ruang tamu dan kepala mayat dihadapkan ke arah selatan.
kaamaatci amman vilakku |
Sebuah lampu minyak atau
kaamaatci amman vilakku
dipasang dan dinyalakan.
Kain Putih |
Kaki dan tangan mayat perlu diluruskan, ibu jari tangan dan kaki diikat dengan kain putih dan diletakkan ke dada. Mata dan mulut mayat juga perlu ditutup rapat. Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain.
Kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas. Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar supaya tidak berbau.
Disediakan oleh: Yoong Kah Eng 203669
No comments:
Post a Comment