Dalam masyarakat cina, selepas kematian atau selepas proses pengebumian dijalankan, ahli keluarga akan menjalani adat berkabung. Adat berkabung dalam masyarakat cina mempunyai maksud yang memperlihatkan tanda-tanda sedang berdukacita kerana kematian seseorang ahli keluarga atau orang yang terdekat. Baju yang berwarna hitam akan dipakai oleh ahli keluarga semasa manjalani adat berkabung. Masyarakat cina menganggapkan pakaian yang berwarna hitam adalah sebagai tanda melahirkan rasa sedih mereka. Oleh itu, sepanjang adat parkabungan ini dijalankan, pakaian yang berwarna lain dilarang pakai sehinggalah hari perkabungan tamat. Bagi isteri yang kematian suami atau bagi suami yang kematian isteri akan terus memakai baju hitam tersebut lebih lama sebagai berkabung dan tanda rasa sedih dan duka atas kematian seseorang yang dikasihi.
Ø Jirat cina yang berada di kawasan berbukit.
Ø Adat Berkabung.
Ø Jenis-jenis duit kertas yang dibakarkan semasa kematian.
Disediakan Oleh : Chin Lee Peng (126545)
No comments:
Post a Comment